Kucha Radio!



2 comments

Kami persembahkan Kucha Radio iaitu playlist lagu-lagu kami yang dimainkan di show-show yang lepas dan juga beberapa lagu-lagu baru yang belum pernah dirilis! Playlist akan selalu di update, jadi rajin-rajinla check kat kucha radio ni. Kalau nak download pun boleh,bro!

Playlist:

melaka

1. No Reason - Live in Melaka . Sunday Alive Gig 10th August 2003

Lagu awal yang kami rekod untuk kompilasi CD Non-Conformity Volume I oleh Knot Records. Ini adalah versi Live yang di koirkan oleh Alak dan krew Knot Records.

* Joe Kidd mula merisik Alak untuk menyanyi dengan Carburetor Dung di gig ini...

feedbck_1sml

2. What You Give You'll Get It Back - Unreleased new song Live di Jam Asia Sri Hartamas.15th June 2007.Belum siap sepenuhnya masih dalam proses.

Nak pakai T-Shirt Kuchalana?



5 comments

Design hitam atas T-Shirt kelabu atau putih.

Sekarang anda boleh kalau nak beli T-Shirt ni dengan memesan terus dari kami dengan menghantar email order kepada kami di kuchalana@gmail.com dan hantar duit kepada kami dengan bank in ke akaun Maybank yang bernombor akaun : 162188364970.

Pesanan anda akan dihantar dalam masa dua hari selepas kemasukan duit.

- RM 25 ( termasuk kos penghantaran )

Singin' Songs Part 1



0 comments

Di antara show yang memorable.bertempat di Titan Club Jalan P.Ramlee. KL Independent Bands Festival 2006 yang berlansung selama dua hari. Iaitu pada 22 dan 23 Julai 2006. Kami main pada hari pertama.. Good show and good people there! Terimakasih berbanyak pada kawan-kawan yang pergi tengok kami..

Revolution in your head.



0 comments

Show terakhir sebelum senyap menyepi.Apuk tak dapat mengetuk dram jadi diganti oleh drummer gantian GG yang sebelum ini bermain bass dengan band crossover Sputum.

Thanx GG.... ini adalah lagu yang belum pernah direkod cuma kami selalu selit bila show...

Di mana nak beli CD dan kaset Kuchalana?



0 comments

cover

"The Input For An Output" adalah material kami yang pertama dirilis iaitu pada sekitar tahun 2005. Mula-mula di keluarkan dalam bentuk kaset dan kemudiannya dalam bentuk CD. Di jual di serata kedai-kedai muzik di seluruh Malaysia dan Kemudiannya, perkara yang biasa pun berlaku iaitu masalah distributor dengan pihak label kami iaitu garageland. Penjualan ep dengan 7 lagu ini pun terputus dan kaset atau cd ini tidak didapati dimana-mana lagi. Melainkan membelinya secara terus dengan kami.

Sekarang, kepada sesiapa yang berada di Kuala Lumpur,boleh mendapatkan cd atau kaset ini di Ricecooker Shop ( kedai Joe Kidd )yang bertempat di Annexe Central Market , Dolls Store di Bukit Bintang dan Nebuila shop( kedai Jaie Silkhannaz ) di kompleks Campbell. Kepada mereka yang berada di luar KL, bolehlah memesan terus dari kami dengan menghantar email order kepada kami di kuchalana@gmail.com dan hantar duit kepada kami dengan bankin ke akaun Maybank yang bernombor akaun : 162188364970. Order akan dihantar dalam masa 2 hari berkerja selepas kemasukan duit ke akaun diatas.

Harga:  Kaset RM 7.00 termasuk penghantaran 

            CD     RM 12.00 termasuk penghantaran.

The next generation kuchalana's...



0 comments

yus 
Yus sedang sibuk dok training orang baru yus anaqi,supaya dapat mengambil tempat beliau di show yang akan datang...

Selamat Datang Ke laman blog Rasmi kuchalana!



0 comments

ann Setelah sekian lama...semenjak dari show terakhir di Annexe Central Market sebagai support band untuk Cyclown Circus..iaitu sekumpulan penghibur jalanan gypsies dari Amerika, Kuchalana diam atau hilang dari pandangan... desas desus bertebaran mengatakan yang Kuchalana sudah mati.

Untuk kawan-kawan semua, "The Party Is Not Over Yet."Blog ini akan menjadi tempat pertemuan utama diantara kuchalana dengan kamu semua. Di sini juga kami sajikan dengan klip video dan juga lagu-lagu yang unreleased! FREE untuk di download,siap dengan cover...
Berita-berita terkini dan perkembangan terbaru.

Maaf untuk sesiapa yang meluat duk klik kat link website kami di ricecooker atau tempat lain,di mana isinya tak berubah semenjak beberapa tahun.. Password untuk login ke halaman admin hilang.Tak boleh nak update... Anyway, enjoy this blog..

Untuk pengetahuan kamu semua Kuchalana masih ada dan hidup.Cuma kami terpaksa berehat sekejap untuk melangsaikan perkara-perkara yang lain. Sekarang kami kembali dan akan mula menghirup nafas-nafas baru yang segar agar kami dapat terus hidup bersama kamu...

Terima Kasih.

newer post