Showing posts with label Bunyian. Show all posts
Showing posts with label Bunyian. Show all posts

Kucha Radio!



2 comments

Kami persembahkan Kucha Radio iaitu playlist lagu-lagu kami yang dimainkan di show-show yang lepas dan juga beberapa lagu-lagu baru yang belum pernah dirilis! Playlist akan selalu di update, jadi rajin-rajinla check kat kucha radio ni. Kalau nak download pun boleh,bro!

Playlist:

melaka

1. No Reason - Live in Melaka . Sunday Alive Gig 10th August 2003

Lagu awal yang kami rekod untuk kompilasi CD Non-Conformity Volume I oleh Knot Records. Ini adalah versi Live yang di koirkan oleh Alak dan krew Knot Records.

* Joe Kidd mula merisik Alak untuk menyanyi dengan Carburetor Dung di gig ini...

feedbck_1sml

2. What You Give You'll Get It Back - Unreleased new song Live di Jam Asia Sri Hartamas.15th June 2007.Belum siap sepenuhnya masih dalam proses.

Di mana nak beli CD dan kaset Kuchalana?



0 comments

cover

"The Input For An Output" adalah material kami yang pertama dirilis iaitu pada sekitar tahun 2005. Mula-mula di keluarkan dalam bentuk kaset dan kemudiannya dalam bentuk CD. Di jual di serata kedai-kedai muzik di seluruh Malaysia dan Kemudiannya, perkara yang biasa pun berlaku iaitu masalah distributor dengan pihak label kami iaitu garageland. Penjualan ep dengan 7 lagu ini pun terputus dan kaset atau cd ini tidak didapati dimana-mana lagi. Melainkan membelinya secara terus dengan kami.

Sekarang, kepada sesiapa yang berada di Kuala Lumpur,boleh mendapatkan cd atau kaset ini di Ricecooker Shop ( kedai Joe Kidd )yang bertempat di Annexe Central Market , Dolls Store di Bukit Bintang dan Nebuila shop( kedai Jaie Silkhannaz ) di kompleks Campbell. Kepada mereka yang berada di luar KL, bolehlah memesan terus dari kami dengan menghantar email order kepada kami di kuchalana@gmail.com dan hantar duit kepada kami dengan bankin ke akaun Maybank yang bernombor akaun : 162188364970. Order akan dihantar dalam masa 2 hari berkerja selepas kemasukan duit ke akaun diatas.

Harga:  Kaset RM 7.00 termasuk penghantaran 

            CD     RM 12.00 termasuk penghantaran.

older post